Sunday, 13 December 2015

BAB 14: SAMSIAH MOHD. NUR: "LAZUARDI"


SINOPSIS

“Lazuardi” mengisahkan kisah seorang gadis bernama Rin. Cerpen ini menggunakan teknik imbas kembali iaitu sewaktu Rin terpahat kepada kenangannnya tiga tahun lepas. Pada tahun 1998 mengembalikan nostalgia tiga watak dalam sebuah kisah melibatkan Rin, Sema, Nek Jah dan Nek Pah yang seterusnya telah memberi kefahaman kepada kehidupan sebenar. Pada tahun 1995,  menampakkan kesulitan Sema yang ingin berkahwin tetapi rasa kasih kepada ibunya membuatkan Sema mengetepikan keinginan hati. Pada tahun 1996, membawa pembaca menyelami jiwa Sema. Betapa keinginan Sema untuk berumah tangga punah apabila Ramli, seorang duda yang berhasrat menjadikan Sema isterinya telah meninggal dunia. Ketiga-tiga tahun ini merupakan catatan yang memperlihatkan perjalanan cerita sehingga pada penghujung cerita, Sema turut bersemadi.

PROSES KREATIF “LAZUARDI” KOLABORASI CATATAN TIGA PENGALAMAN

Cerpen ini lebih menjurus kepada perkisahan yang memfokuskan segelintir warga emas yang tidak mendapat pembelaan pada hari tua mereka. Paparan kehidupan mereka yang daif, sulit dan terabai telah mendiring Samsiah Mohd. Nor bagi menghasilkan sebuah cerpen bertajuk “Lazuardi”.  Penulis cerpen ini lebih mendorong untuk tidak menjadikan warga emas sebagai wira kepada cerpen ini. Oleh yang demikian, beliau meletakkan watak generasi muda bagi menerajui plot cerpen yang penuh sahsiah, pekerti lebih-lebih lagi dalm era dunia sekarang ini. Tujuannya adalah untuk memberi kesan kepada pembaca terutamanya generasi muda ini tanpa meminggirkan norma kehidupan berlandaskan agama dan budaya. Hal ini demikian, beliau merasakan perkara sedemikian iaitu mengabaikan warga emas ini patut dikekang bagi mengalak dari memberi kesan yang sangat dahsyat dalam kehidupan manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment