Sunday, 13 December 2015

BAB 13: SALINA IBRAHIM: "IMAM"





SINOPSIS

Cerpen bertajuk “Imam” ini mengisahkan mengenai sebuah penempatan yang munculnya seorang wanita yang tiba-tiba muncul setelah sekian lama meninggalkan kampung. Kemunculan wanita ini jelas memberi satu tamparan selepas wanita ini menjadi imam kepada jemaah yang inigin menunaikan solat fardhu. Hal ni telah mengakibatkan kaum lelaki menentang sekeras-kerasnya memandangkan lelaki yang sepatutnya menjadi imam. Tambahan pula, golongan wanita yang sudah termakan dengan ajakan wanita misteri untuk menuntut hak wanita juga mengakibatkan huru-hara di dalam kampong berkenaan. Peristiwa ini sebenarnya cuba membawa kita untuk menunjukkan implikasinya kepada sesebuah kawasan itu yang luntur nilai agama sehingaa perkara yang sedemikian mudah diambil sebagai intipati dalam kehidupan meskipun perkara itu sudah terang salah mengikut hukum Islam. Pada akhir cerita menampakkan satu masyarakat yang tidak ambil kisah dengan hal orang sekeliling telah bertukar menjadi sebuah masayarakat yang harmoni serta masjid juga sudah mula diimarahkan dengan pelbagai ceramah. Peristiwa ini boleh dikatakan ujian dari Allah S.W.T kepada hambanya yang langsung tidak mempedulikan masjid sebagai medan mempelajari ilmu agama.

PROSES KREATIF: “IMAM” SUATU TERAPI DIRI

Cerita pendek ini sebenarnya diadaptasi dari sebuah kisah benar yang pernah menggemparkan dunia Islam iaitu dengan tindakan berani Profesor Bersekutu Pengajian Islam di Virginia Commonwelath University, Profesor Madya Dr. Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di Manhattan, Amerika Syarikat. Tentangan diberikan terhadap ‘acara’ itu sehingga ‘acara’ itu diadakan secara senyap-senyap dan dihadiri oleh para penyokong sahaja. Perihal mengapa Amina Wadud bertindak demikian itu sebagai symbol dalam menuntut hak dan keadilan dan menunjukkan kepada dunia akan hak dan tuntutan wanita di dalam Islam. Kisah ini lebih kepada untuk umat Islam khususnya supaya tidak mudah termakan dengan bentuk ajaran Barat yang dijadikan kayu ukur. Inilah racun yang telah memasuki jiwa orang Islam sehingga membunuh pemahaman orang Islam terhadap agamanya sendiri.

No comments:

Post a Comment