
Gambar sekadar hiasan
SINOPSIS
Cerpen "Kelekatu Bersayap Ungu" ini merupakan hasil nukilan Muhd Nasruddin Dasuki yang sarat dengan isi tersirat. Penulis telah menggunakan perlambangan yang sangat kuat yang menyebabkan pembaca perlu berfikir maksud tersirat dan tersurat. Secara ringkas cerpen ini sebenarnya mengisahkan seorang lelaki pemecah batu yang menjual pecahan batu-batu untuk menyara hidup keluarganya. Lelaki itu berkomunikasi dengan kelekatu yang menjadi tetamunya ada malam itu. Semasa lelaki itu sedang memecahkan batu, terdapat kelekatu sedang memerhatinya. Namun hanya waktu malamnya sahaja, kelekatu itu bertandang ke rumah lelaki itu dan berbicara tentang dunia ini. Seperti manusia, kelekatu juga mempunyai perasaan dan menjalani kehidupan seharian dan berhadapan dengan masalah dan rintangan. Jika hidup kelekatu mengejar lampu pada waku malam, begitu juga dengan manusia yang mengejar arus hidup. Jadi, cerpen ini sebenarnya memaparkan tentang realiti hidup manusia yang sebenar yang mencari pekerjaan halal demi untuk menyara kehidupan dan keluarga.
PROSES KREATIF
Penulis telah mengkategorikan tiga tahap dalam proses penulisan cerpennya. Tahap pertama ialah tahap awal menulis ketika pengalaman masih baru dan pemilikan ilmu bantu tidak mencukupi serta menggunakan mesin taip. Tahap kedua pula ialah tahap pertengahan menulis ketika terlalu ghairah menulis dan menghasilkan cerpen tanpa putus-putus ketika penggunaan komputer baru diperkenalkan. Akhir sekali ialah tahap ketiga iaitu tahap ketika sudah mencapai kepuasan menulis dan menggunakan komputer yang serba memudahkan. Proses penulisan cerpen "Kelekatu Bersayap Ungu" ini dijalani melalui pemerhatian penulis semasa mengikuti Bengkel Cerpen MASTERA di Jawa Barat, Indonesia. Latar tempat itu dipengaruhi oleh ciri geografi semasa penulis itu mengikuti bengkel tersebut. Ketika penulis sedang duduk seorang diri di beranda, beliau ternampak seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang melakukan kerjanya iaitu memecahkan batu yang besar. Usaha dan semangat lelaki tersebut dalam menjalankan kerjanya telah menarik minat penulis untuk menghasilkan sebuah cerpen yang berkisarkan tentang kehidupan dengan diinspirasikan oleh lelaki itu. Proses penulisan ini mengambil masa lebih kurang seminggu.
No comments:
Post a Comment