SINOPSIS
Dalam cerpen ini menceritakan wasiat bongai yang hendak
diwasiatkan oleh datuknya kepada Fansuri iaitu cucu si mati. Mulyahati dan Faqih bertanggunjawab sebagai peguam untuk mewasiatkan harta si mati yang
berbentuk bongai terhadap cucunya. Wasiat
ini sukar diterjemahkan kerana waris si mati juga menuntut wasiat yang sama.
Tuntutan wasiat ini telah menjadi persoalan kepada kedua-dua peguam tersebut.
Maka tersebutlah satu cerita mengenai kehidupan datuknya yang dahulunya peniup
seruling bagi permainan bongai dan mempunyai buah hati iaitu cendana yang
sentiasa mendengar permainan bongai yang dimainkan oleh datuknya. Akan tetapi
mereka tidak dapat disatukan kerana atas sebab adat. Kedua-dua peguam tersebut
telah pergi berjumpa Pak Darus iaitu pengiat bongai akan perihal bongai dan
akhirnya mereka telah menjumpai jawapan kepada persoalan kes yang mereka
hadapi.
Bongai
adalah adalah budaya dalam bentuk abstrak, pembongai ialah ketua kumpulan yang
disebut sebagai sasterawan pada zamannya dan alat-alat bongai ialah peralatan
muzik dan persembahan yang kedua peguam tersebut bersetuju layak diwarisi
melalui wasiat ini. Mulyati begitu kagum dengan semangat Fansuri yang ingin
menghidupkan kembali tradisi bongai dan menimbulkan tanda tanya kepada Fansuri kerana sikap peguamnya, Mulyati seaakan
mengenali bongai dan ada kaitan dengannya. Akan tetapi persoalan tersebut
terjawab apabila Fansuri melihat nama penuh peguamnya Cendana Mulyahati.
PROSES KREATIF PENULISAN CERPEN PUSAKA CENDANA
Dalam proses pengarangan cerpen ini penulis hanya mendapat
ilham untuk menulis cerpen ini setelah penulis terlibat satu satu bengkel
berkaitan kesenian bongai yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Negeri
Sembilan. Pada masa itu penulis tidak diundang sebagai peserta tetapi hanya
sebagai penjual buku. Bengkel tersebut menceritakan asal usul bongai yang
dipimpin oleh Pak Din Bongai dan suaranya kedengaran sehinnga penulis boleh
mendengarnya dari luar dewan. Penulis
mengambil kesempatan untuk mengenali Bongai dengan lebih mendalam.
Penulisan cerpen ini bermula apabila pihak kementerian
budaya turut membuat program. Sejak itu, hal-hal budaya bermain dalam fikiran
penulis. Dan bagi pemilihan penulisan tentang bongai harus diterjemahkan
melalui cerpen kerana tradisi bongai yang kian pupus. Langkah awal bermula
apabila penulis mula menilik buku mengenai budaya bongai. Melalui hasil
penelitian buku tersebut beberapa elemen penting telah menarik minat penulis
untuk memucatkan elemen tersebut dalam cerpen. Persoalan kepada cerpen harus
diberi penyelesaian apabila watak Fansuri diwujudkan untuk menyambung tradisi
bongai yang hampir pupus. Selain itu, watak Mulyahati dan Faqih diwujudkan
sebagai peguam kerana penulis ingin menggunakan kelebihan pada dirinya sebagai
seorang peguam. Penulis juga mewujudkan dua generasi yang terpisah iaitu zaman
lampau dan moden untuk mencantikkan lagi unsur-unsur yang ada dalam cerpen.
Watak-watak Fansuri, Mulyahati dan juga Faqih wujud di zaman
kini dan banyak memainkan peranan untuk meneruskan wasiat si mati iaitu datuk
kepada Fansuri. Elemen-elemen seperti undang-undang, agama turut diletakkan
dalam cerpen ini mengikut sukatan dos yang mampu difahami oleh pembaca. Dalam
penulisan cerpen juga penulis mempunyai
rahsia tersendiri iaitu tidak menceritakan kepada sesiapapun tentang
penulisannya semasa hendak mengarang cerpen.
No comments:
Post a Comment