SINOPSIS CERPEN KELIR
Kelir diibaratkan sebagai televisyen dahulukala. Kelir menyajikan "bayang" hiburan yang mempesonakan buat khalayak zaman sebelum wujudnya media
elektronik. Persembahan pada kelir menjadi saat masyarakat yang datang menonton
bersosial, berhibur seisi keluarga. Keakraban, muafakat di sesuatu tempat dapat
dilihat. Dalam cerpen ini terdapat dua watak utama yang sangat memain peranan
iaitu watak Nian dan Nain. Dua beradik kembar. Nian perempuan dan Nain pula
membawa watak lelaki. Mereka berdua sedang duduk di satu pentas terbuka yang
kosong. Nian dan Nain duduk di hadapan sekali memandang pentas. Pada malam itu
akan ada satu persembahan di mana Tuk Dalang akan mengetuai di sebalik kelir
itu. Manakala yang lain-lain akan menghadap memandang kelir yang kosong itu. Tanpa
kelir, Nian dapat melihat wajah Tuk Dalang dan Tuk Dalang juga akan dapat
melihat wajah Nian. Tanpa kelir, sukar Tuk Dalang mengindahkan
permainannya. Sukar Tuk Dalang menunjukkan kebijaksanaan berceritanya.Tanpa kelir keindahan dunia cerita fantasi Tuk Dalang juga tidak dapat dikongsi
bersama - sama. Tanpa kelir juga , wayang kulit tidak akan sempurna. Tiba -tiba
Nian kembali mengingati peri pentingnya kelir dalam dunia wayang kulit.
Selalunya, Nian hanya melihat keindahan gerak watak -watak wayang kulit dan
mendengar alunan muzik wayang kulit yang mengasyikkan dan dia akan mengkagumi
kepetahan Tuk Dalang mengawal persembahan . Nian teringat akan lawatannya ke
Bali satu ketika dahulu bersama Nain dan ibu bapa mereka. Menurut salah seorang
tokoh hebat persembahan tradisi Asia Tenggarayang menyatakan bahawa kelir
mempunyai tiga unsur mengikut kepercayaan dan ajaran Hinduisme iaitu satwa,
rajas, dan tamas. Kepercayaan masyarakat Bali juga menganggap bahawa
kelir itu merupakan simbol di mana patung-patung wayang kulit itu dihidupkan.
Namun begitu bagi Nian pula, kelir wujud sendiri dalam diri setiap manusia,
tetapi kelir juga wujud daripada binaan manusia sendiri. Seketika kemudian,
pemain-pemain muzik Tuk Dalang itu membawa keluar alat-alat muzik wayang kulit
masing-masing.
BAGAIMANA SAYA MENULIS CERPEN “KELIR”
Cerpen “Kelir” dihasilkan atas hasil sebuah pengalaman yang terbit
dalam diri seseorang penulis. Siti Jasmina Ibrahim merupakan pelajar pertama
Akademi Seni Kebangsaan. Beliau telah mendapat peluang untuk mengambil mata
pelajaran Teater Tradisi Asia Tenggara. Semua ini berlaku dalam persembahan
puisi. Salah satunya adalah wayang kulit, mengenali wayang kulit juga merupakan
satu pengalaman yang menarik dan bercampur dengan nilai realiti, mistik dan
fantasi yang besar. Ayang kulit punya beberapa koleksi repertoire
pengkisahan yang asalnya daripada pengaruh Hinduisme. Setiap elemen nyata dalam
wayang kulit bukan dibuat saja suka-suka.
Dalam cerpen ini penulis tidak meletakan konflik besar seperti
pertentangan, perbalahan, dan perpisahan secara luaran. Beliau cuma mencetuskan
satu moment seperti satu lokasi kecil dalam dua watak hidup tersebut.
Melalui latar pula, hanya pada satu suasana yang sekejap cuma. Watak duduk di
hadapan sebuah pentas terbuka di pusat pengajian mereka. Plot cerita ini juga
satu.
Kesimpulannya, melalui kefahaman yang telah saya dapat dan peroleh
melalui pembacaan saya dari cerpen “Kelir” ini ialah idea dan bahan
cerpen ini tentunya daripada subjek wayang kulit. Pemilihan kelir dijadikan
perlambangan dalam penulisan Siti Jasmina Ibrahim dengan mengaitkan makna kelir
secara visual dengan kelir secara batiniah. Beliau juga telah menggunakan makna
bayang patung wayang kulit yang terpapar di sebalik kelir.
No comments:
Post a Comment