Sunday, 13 December 2015

BAB 11: S.M.ZAKIR : “CERITA UNTUK TEMAN-TEMAN”.



SINOPSIS CERITA.

Cerpen ini menceritakan tentang perjalanan watak "aku" di bumi kemboja. "Aku" menceritakan situasi yang berlaku ketika "Aku" meneroka tempat-tempat bersejarah di bumi Kemboja. "Aku"  kemudian melangkah ke tempat rejim Pol Pot dan menyeksa dan membunuh tahanan dari rakyatnya sendiri. Seterusnya "Aku" meneruskan perjalanan ke Sempadan Kampuchea-Vietnam dan beberapa kawasan lain. Ketika dalam perjalanan tersebut, "Aku" telah bertemu dengan seorang wanita dari Jepun yang bernama Ikoku. "Aku" berbual kosong dengan Ikoku dan keesokan harinya "Aku" meneruskan perjalanan untuk kembali ke Phnom Penh . Kali ini "aku" telah bertemu dengan seorang gadis Khmer yang bernama Sri Phea. Sri Phea bertanya sama ada telefon bimbit "Aku" mempunyai aplikasi Bluetooth keran Sri Phea ingin menyalin sebuah lagu Khmer yang seiras dengan lagu Melayu.

PROSES KREATIF


Ketika menulis cerpen ini, penulis memilih untuk menulis mengikut apa yang terlintas dalam fikiran dan memilih untuk menulis secara santai yang paling luar biasa. Hal ini kerana, penulis tidak menggunakan ilmu bantu, ilmu sastera dan sebagainya dalam penulisan cerpen ini. Cerpen ini ditulis tanpa merujuk buku, kamus dan sebagainya. Sebaliknya, penulis cuba untuk menulis sesantai mungkin tanpa terikat denagan struktur cerita yang biasa. Melalui cerpen ini, dapat dilihat bahawa penulis mahu mencipta peristiwa  dan menyulap kenyataan seperti ahli sihir. Penulis juga mahu meruntuhkan lingkaran kreatif fiksyen untuk melahirkan sebuah lingkaran kreatif fiksyen yang baharu. Oleh sebab itu, cerpen ini seperti cerpen yang kosong dan santai sahaja kerana penulis dengan sesuka hati mencampurkan adukkan peristiwa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment