Sunday, 13 December 2015

BAB 16 : "SENIMAN RAJEMEE” OLEH SITI RAIHANI MOHD.SAAID




SINOPSIS “SENIMAN RAJEMEE”

Terdapat sembilan latar tempat yang berbeza-beza digunakan dalam “Seniman Rajemee” ini. Permulaan cerita berkaitan dalam dewan kuliah dan Azroll sedang memainkan satu jenis alunan bunyi dari petikan piano dan Loy Chee Luen sedang merakam segala dimensi yang dilahirkan dalam setiap sudut pada ketika itu. Tiba-tiba ketika dialunkan bunyi-bunyi yang terhasil daripada muzik instrumental itu Loy dan Jebat memberi kritikan bahawa nada yang dimainkan itu sangat teruk dan mereka menyuruh Azroll agar budak muzik sahaja yang bermain. Seterusnya, ketika berada di luar kuliah pula Azroll terlihat satu tampalan poster yang ditampal di pintu bilik seminar bersebelahan dengan dewan kuliah. Poster itu memberitahu mengenai nostalgia Seniman Rajemee yang mengisahkan tentang “Seminar Pembangunan Filem Melayu:Menjana Kembali Kreativiti. Panelnya ialah Dato’ A.Mohsein. Loy  mengatakan  bahawa pelajar filem yang sebenarnya ingin menghidupkan kembali filem Melayu tak sampai 15 orang kerana semua itu hanya sekadar ingin menunjukkan muka semata-mata dan menyiapkan assignment. Jabat menerangkan bahawa Dato’ A.Mohsein merupakan seorang anak Melayu yang pertama belajar di luar negara dan dibalas pula oleh Loy mengatakan bahawa Seniman Rajemee juga sekolah tinggi dan fasih bercakap bahasa Inggeris. Ketika berada di gerai majalah pula Azroll membeli sebanyak mungkin majalah yang berkaitan ulasan filem khususnya industri tanah air.seperti Pedang Setiawan dan Raja Rimba. Azroll sangat meminati muzik instrumental sehinngakan dia menyuruh ibunya agar membelikan dia sebuah keyboard 

Latar tempat yang seterusnya di rumah sewa Azroll dan tiba-tiba dia teringat tentang perbualannya bersama ayanhnya yang kadang-kadang mempersoalkan tentang pemilihannya ke dalam dunia seni dan sastera.  Di set studio filem nusa tahun 1957 Remy sedang asyik bermain ukulele kemudiannya berhenti dan Azroll memerhati keadaan sekeliling dan dia menyedari bahawa dia berada dalam set penggambaran Seniman Rajemee dan penuh dengan poster-poster filem keluaran Studio Nusa. Ketika berada di bilik persalinan Seniman Rajemee Azroll cuba untuk berbual-bual bersama seniman itu dan A.Mohsein muncul ketika itu juga dan mengatakan bahawa golongan cerdik pandai tidak akan datang ke set penggambaran. Dalam studio pula mereka melihat sekumpulan wanita yang sedang berlatih menari rumba dan dikenali oleh Azroll seorang penari yang bernama Miss Lenny. Muncul dua orang pengarah berbangsa India dan mengatakan bahawa orang Melayu buat cerita tidak berpatutan dan merampas sahaja kedudukan para pengarah berbangsa lain. Ketika berada di rumah sewa Azroll mendapat panggilan dan mengatakan bahawa dia tak mahu mengarah jika ada pengarah yang berbangsa India itu mengganggu kerjanya. Jebat di hujung panggilan mengatakan bahawa jangan terlalu memikirkan mengenai Seniman sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Akhir sekali latar tempat berakhir di Taman Tasik Shah Alam dan Loy sedang merakam aksi bulan penuh dengan kamera videonya. Manakala Azroll yang sedang termenung ditegur oleh Jabat berkaitan mimpinya dan menyuruh dijadikan sebagai satu sumber format lakon layar Joseph Campbell dan akan meletup seperti box office. Loy bersuara selepas menyimpan kameranya dan bertanyakan tentang apa yang terjadi kepada Seniman selepas Studio Nusa muflis. Azroll hanya mengatakan bahawa kita tak boleh kacau perjalanan masa dan sejarah.






PROSES KREATIF “SENIMAN RAJEMEE” 
                                               
Cerpen Seniman Rajemee bermula sebagai sebuah skrip filem pendek yang diambil berdasarkan proses kreatif skrip “Seniman Rajemee”. Skrip filem juga adalah salah satu genre penulisan yang menarik kerana teknik naratif yang jauh berbeza dengan cerpen dan puisi. Seniman Rajemee ialah seorang seniman muda berbangsa Melayu yang berwawasan tinggi terhadap filem-filem keluaran bangsanya. Seniman Rajemee terhasil daripada pembaca biografi Seniman Agung P.Ramlee tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain iaitu Gagak di Rimba. Seniman P.Ramlee bersamaan dengan Seniman Rajemee.

Naskhah Seniman Rajemee dipersembahkan melalui sudut pandangan watak Azroll, seorang pelajar filem yang menjadikan Seniman Rajemee sebagai idolanya. Azroll berasal dari Kulim Kedah. Cerita ini dipersembahkan melalui teknik time travel di mana Azroll yang meminati Seniman Rajemee, malah mungkin ke tahap obses hingga gaya merokok dan berjalan seniman itu pun ditirunya, telah ‘dibawa’ ke tahun 1957 untuk menyaksikan sendiri perjalanan karier Seniman Rajemee.

Kesimpulannya, cerpen ini dapat saya lihat berkaitan bagaimana untuk melahirkan perubahan yang positif dalam industri filem tempatan supaya industri ini dipenuhi dengan mereka yang berilmu dan mengamalkannya walaupun tidak semestinya kelulusan akademik tahap tertinggi. Diharapkan dapat digerakkan oleh orang yang benar-benar memahami bidangnya. Serta semoga bidang ini juga dipandang serius seperti bidang-bidang ilmu yang lain umpamanya perubatan, perundangan dan kejuteraan.





No comments:

Post a Comment