Saturday 19 December 2015

BAB 17: ZAID AKHTAR: "PENDEDAHAN"

SINOPSIS

Cerpen Pendedahan" yang ditulis oleh Zaid Akhtar menceritakan satu perbualan antara Tuah dan seoang perempuan yang bernama Teja pada satu tengah malam. Pada malam itu, Tuah tidak dapat melelapkan matanya walaupun dia sudah sangat kelemahan. Kemudian, seseorang menelefonnya. Dia tak pernah melihat nombor itu,tapi perempuan dalam perbualan itu bercakap ‘Tan Sri kenal saya, saya Teja’. Walau bagaimanapun, Tuah merasakan ini mungkin konspirasi pihak lawan menghantar perempuan ini untuk memggodanya lalu mencetuskan skandal bagi menjatuhkannya. Malah, Tuah menggelar Teja sebagai seorang perempuan yang gila. Dalam perbualan mereka seterusnya, Teja mendedahkan beberapa perbuatan Tuah yang salah iaitu:

  • Membawa Teja lari ke Melaka dan kemudiannya memberi sirih jampi pembenci supaya Teja melupakan dia.
  • Tuah bukan seorang yang Islamik.
  • Sebelum Tuah melarikan Teja dengan ghali ke Melaka, dia datang ke Pahang semata-mata untuk memenangi semula hati sultan.
  • Membunuh si Jebat
  • Menegur Tuah bahawa dia sekarang lebih banyak berbahasa asing berbanding bahasa Melayu.
  • Tuah lebih cenderung menghabiskan masa di padang golf.
  • Tuah memang dasar bangsanya mudah lupa. 
Dalam hujung perbualan mereka, perempuan itu juga menggugut Tuah; "Kalau Tan Sri tidak mahu membuat penafian seperti yang saya kehendaki, saya sendiri akan memanggil pihak media". Pada masa itu, darah Tuah menggelegak menunjukkan dia memang marah. Selepas mereka menamatkan perbualan mereka, Tuah merasakan perempuan itu perempuan murahan dan dia berazam untuk membalas dendam kepada perempuan tersebut.


PROSES KREATIF


Cerpen ini merupakan salah satu karya yang penulis tulis untuk lari daripada ‘kebiasaan’ Islamik. Penulis menghasilkan cerpen ini dalam masa dua malam sahaja. Sudah ramai karyawan menulis tentang ‘Hang Tuah’ atau melakukan interteks seterusnya dalam menzahirkan interpretasi masing-masing tentang karya teks asal. Tetapi Zaid Akhtar mencampurkan plot ‘Hang Tuah’ dengan keadaan pada masa kini. Secara umunnya, Hang Tuah merupakan satu karya yang penting kepada masyarakat dan masyarakat Melayu khususnya. Ketika Zaid Akhtar sedang dalam proses menghasilkan karya’Pendedahan’ ini, filem Puteri Gunung Ledang juga sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia .Oleh itu, penulis berminat untuk mengangkat watak ‘Tun Teja' sebagai ‘lawan’dalam ‘Hang Tuah‘ dalam cerpen ini. Penulis benar-benar menjelaskan apa maksud ‘kreatif’ dalam proses menulis.

Sunday 13 December 2015

BAB 16 : "SENIMAN RAJEMEE” OLEH SITI RAIHANI MOHD.SAAID




SINOPSIS “SENIMAN RAJEMEE”

Terdapat sembilan latar tempat yang berbeza-beza digunakan dalam “Seniman Rajemee” ini. Permulaan cerita berkaitan dalam dewan kuliah dan Azroll sedang memainkan satu jenis alunan bunyi dari petikan piano dan Loy Chee Luen sedang merakam segala dimensi yang dilahirkan dalam setiap sudut pada ketika itu. Tiba-tiba ketika dialunkan bunyi-bunyi yang terhasil daripada muzik instrumental itu Loy dan Jebat memberi kritikan bahawa nada yang dimainkan itu sangat teruk dan mereka menyuruh Azroll agar budak muzik sahaja yang bermain. Seterusnya, ketika berada di luar kuliah pula Azroll terlihat satu tampalan poster yang ditampal di pintu bilik seminar bersebelahan dengan dewan kuliah. Poster itu memberitahu mengenai nostalgia Seniman Rajemee yang mengisahkan tentang “Seminar Pembangunan Filem Melayu:Menjana Kembali Kreativiti. Panelnya ialah Dato’ A.Mohsein. Loy  mengatakan  bahawa pelajar filem yang sebenarnya ingin menghidupkan kembali filem Melayu tak sampai 15 orang kerana semua itu hanya sekadar ingin menunjukkan muka semata-mata dan menyiapkan assignment. Jabat menerangkan bahawa Dato’ A.Mohsein merupakan seorang anak Melayu yang pertama belajar di luar negara dan dibalas pula oleh Loy mengatakan bahawa Seniman Rajemee juga sekolah tinggi dan fasih bercakap bahasa Inggeris. Ketika berada di gerai majalah pula Azroll membeli sebanyak mungkin majalah yang berkaitan ulasan filem khususnya industri tanah air.seperti Pedang Setiawan dan Raja Rimba. Azroll sangat meminati muzik instrumental sehinngakan dia menyuruh ibunya agar membelikan dia sebuah keyboard 

Latar tempat yang seterusnya di rumah sewa Azroll dan tiba-tiba dia teringat tentang perbualannya bersama ayanhnya yang kadang-kadang mempersoalkan tentang pemilihannya ke dalam dunia seni dan sastera.  Di set studio filem nusa tahun 1957 Remy sedang asyik bermain ukulele kemudiannya berhenti dan Azroll memerhati keadaan sekeliling dan dia menyedari bahawa dia berada dalam set penggambaran Seniman Rajemee dan penuh dengan poster-poster filem keluaran Studio Nusa. Ketika berada di bilik persalinan Seniman Rajemee Azroll cuba untuk berbual-bual bersama seniman itu dan A.Mohsein muncul ketika itu juga dan mengatakan bahawa golongan cerdik pandai tidak akan datang ke set penggambaran. Dalam studio pula mereka melihat sekumpulan wanita yang sedang berlatih menari rumba dan dikenali oleh Azroll seorang penari yang bernama Miss Lenny. Muncul dua orang pengarah berbangsa India dan mengatakan bahawa orang Melayu buat cerita tidak berpatutan dan merampas sahaja kedudukan para pengarah berbangsa lain. Ketika berada di rumah sewa Azroll mendapat panggilan dan mengatakan bahawa dia tak mahu mengarah jika ada pengarah yang berbangsa India itu mengganggu kerjanya. Jebat di hujung panggilan mengatakan bahawa jangan terlalu memikirkan mengenai Seniman sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Akhir sekali latar tempat berakhir di Taman Tasik Shah Alam dan Loy sedang merakam aksi bulan penuh dengan kamera videonya. Manakala Azroll yang sedang termenung ditegur oleh Jabat berkaitan mimpinya dan menyuruh dijadikan sebagai satu sumber format lakon layar Joseph Campbell dan akan meletup seperti box office. Loy bersuara selepas menyimpan kameranya dan bertanyakan tentang apa yang terjadi kepada Seniman selepas Studio Nusa muflis. Azroll hanya mengatakan bahawa kita tak boleh kacau perjalanan masa dan sejarah.






PROSES KREATIF “SENIMAN RAJEMEE” 
                                               
Cerpen Seniman Rajemee bermula sebagai sebuah skrip filem pendek yang diambil berdasarkan proses kreatif skrip “Seniman Rajemee”. Skrip filem juga adalah salah satu genre penulisan yang menarik kerana teknik naratif yang jauh berbeza dengan cerpen dan puisi. Seniman Rajemee ialah seorang seniman muda berbangsa Melayu yang berwawasan tinggi terhadap filem-filem keluaran bangsanya. Seniman Rajemee terhasil daripada pembaca biografi Seniman Agung P.Ramlee tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain iaitu Gagak di Rimba. Seniman P.Ramlee bersamaan dengan Seniman Rajemee.

Naskhah Seniman Rajemee dipersembahkan melalui sudut pandangan watak Azroll, seorang pelajar filem yang menjadikan Seniman Rajemee sebagai idolanya. Azroll berasal dari Kulim Kedah. Cerita ini dipersembahkan melalui teknik time travel di mana Azroll yang meminati Seniman Rajemee, malah mungkin ke tahap obses hingga gaya merokok dan berjalan seniman itu pun ditirunya, telah ‘dibawa’ ke tahun 1957 untuk menyaksikan sendiri perjalanan karier Seniman Rajemee.

Kesimpulannya, cerpen ini dapat saya lihat berkaitan bagaimana untuk melahirkan perubahan yang positif dalam industri filem tempatan supaya industri ini dipenuhi dengan mereka yang berilmu dan mengamalkannya walaupun tidak semestinya kelulusan akademik tahap tertinggi. Diharapkan dapat digerakkan oleh orang yang benar-benar memahami bidangnya. Serta semoga bidang ini juga dipandang serius seperti bidang-bidang ilmu yang lain umpamanya perubatan, perundangan dan kejuteraan.





BAB 15: CERPEN "KELIR" OLEH SITI JASMINA IBRAHIM



SINOPSIS CERPEN KELIR

Kelir diibaratkan sebagai televisyen dahulukala. Kelir menyajikan "bayang" hiburan yang mempesonakan buat khalayak zaman sebelum wujudnya media elektronik. Persembahan pada kelir menjadi saat masyarakat yang datang menonton bersosial, berhibur seisi keluarga. Keakraban, muafakat di sesuatu tempat dapat dilihat. Dalam cerpen ini terdapat dua watak utama yang sangat memain peranan iaitu watak Nian dan Nain. Dua beradik kembar. Nian perempuan dan Nain pula membawa watak lelaki. Mereka berdua sedang duduk di satu pentas terbuka yang kosong. Nian dan Nain duduk di hadapan sekali memandang pentas. Pada malam itu akan ada satu persembahan di mana Tuk Dalang akan mengetuai di sebalik kelir itu. Manakala yang lain-lain akan menghadap memandang kelir yang kosong itu. Tanpa kelir, Nian dapat melihat wajah Tuk Dalang dan Tuk Dalang juga akan dapat melihat wajah Nian. Tanpa kelir, sukar Tuk Dalang mengindahkan permainannya. Sukar Tuk Dalang menunjukkan kebijaksanaan berceritanya.Tanpa kelir keindahan dunia cerita fantasi Tuk Dalang juga tidak dapat dikongsi  bersama - sama. Tanpa  kelir  juga , wayang  kulit  tidak  akan  sempurna.  Tiba -tiba  Nian  kembali  mengingati  peri  pentingnya  kelir dalam  dunia wayang  kulit.  Selalunya,  Nian  hanya  melihat  keindahan  gerak  watak -watak wayang  kulit  dan mendengar  alunan muzik  wayang  kulit yang mengasyikkan dan  dia  akan  mengkagumi  kepetahan  Tuk  Dalang  mengawal  persembahan .  Nian teringat akan  lawatannya  ke Bali satu ketika  dahulu bersama Nain dan ibu bapa mereka. Menurut salah seorang tokoh hebat persembahan tradisi Asia Tenggarayang menyatakan bahawa kelir mempunyai tiga unsur mengikut kepercayaan dan ajaran Hinduisme iaitu satwa, rajas, dan tamas. Kepercayaan masyarakat Bali juga menganggap bahawa kelir itu merupakan simbol di mana patung-patung wayang kulit itu dihidupkan. Namun begitu bagi Nian pula, kelir wujud sendiri dalam diri setiap manusia, tetapi kelir juga wujud daripada binaan manusia sendiri. Seketika kemudian, pemain-pemain muzik Tuk Dalang itu membawa keluar alat-alat muzik wayang kulit masing-masing. 

 


 BAGAIMANA SAYA MENULIS CERPEN “KELIR”
 
Cerpen “Kelir” dihasilkan atas hasil sebuah pengalaman yang terbit dalam diri seseorang penulis. Siti Jasmina Ibrahim merupakan pelajar pertama Akademi Seni Kebangsaan. Beliau telah mendapat peluang untuk mengambil mata pelajaran Teater Tradisi Asia Tenggara. Semua ini berlaku dalam persembahan puisi. Salah satunya adalah wayang kulit, mengenali wayang kulit juga merupakan satu pengalaman yang menarik dan bercampur dengan nilai realiti, mistik dan fantasi yang besar. Ayang kulit punya beberapa koleksi repertoire pengkisahan yang asalnya daripada pengaruh Hinduisme. Setiap elemen nyata dalam wayang kulit bukan dibuat saja suka-suka.

Dalam cerpen ini penulis tidak meletakan konflik besar seperti pertentangan, perbalahan, dan perpisahan secara luaran. Beliau cuma mencetuskan satu moment seperti satu lokasi kecil dalam dua watak hidup tersebut. Melalui latar pula, hanya pada satu suasana yang sekejap cuma. Watak duduk di hadapan sebuah pentas terbuka di pusat pengajian mereka. Plot cerita ini juga satu. 

Kesimpulannya, melalui kefahaman yang telah saya dapat dan peroleh melalui pembacaan saya dari cerpen “Kelir” ini ialah idea dan bahan cerpen ini tentunya daripada subjek wayang kulit. Pemilihan kelir dijadikan perlambangan dalam penulisan Siti Jasmina Ibrahim dengan mengaitkan makna kelir secara visual dengan kelir secara batiniah. Beliau juga telah menggunakan makna bayang patung wayang kulit yang terpapar di sebalik kelir.