SINOPSIS CERITA.
Cerpen ini berkisarkan tentang hidup seorang Tan Sri yang hidupnya cukup sempurna. Tan Sri mempunyai
kemewahan, ditemani seorang isteri yang jelita dan dikurniakan lima orang anak
yang masing-masing sudah mempunyai kerjaya. Sebutlah apa sahaja barang dan
tempat, dengan hanya memetik jari, Tan Sri boleh mendapatkan apa yang
diinginkannya. Begitulah gambaran kekayaan Tan Sri. Namun begitu Tan Sri sering
menangis kerana Tan Sri mempunyai penyakit mata. Tan Sri menjalani pembedahan
mata untuk membetulkan matanya dan setelah sembuh Tan Sri dan 3 orang anaknya
ke Makkah untuk menunaikan Umrah. Meskipun dikurniakan hidup yang sempurna,
namun Tan Sri menyedari bahawa Tuhan
akan sedih melihat penindasan dan kemiskinan.
PROSES KREATIF
Penulis menulis cerpen ini ketika
membuat penyelidikan di Jepun. Ketika berada di Jepun, penulis melihat budaya
masyarakat Jepun akan sedaya upaya membantu orang lain walau seburuk mana pun
luaran dan dalaman seseorang dan penulis juga mendapat ilham dari sitilah Jepun
yang dipanggil namida ame yang bermaksud
menangis dalam hujan. Penulis menggunakan air mata sebagai simbol kesedihan.
Penulis juga ingin memasukkan elemen mentaliti ketam kerana mahu merujuk dan
menyelar sifat manusia yang suka melihat kesusahan menimpa orang lain. Penulis
turut mengatakan bahawa menulis itu memerlukan banyak aktiviti menipu yang
dilabelnya sebagai realism magis.
No comments:
Post a Comment