Buku kajian yang kami akan kupas dalam blog ini bertajuk 'Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen' disusun oleh Prof. Madya. Dr. Mawar binti Safei dan Puan Nisah Hj. Haron. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2011. Buku ini menghimpunkan cerpen-cerpen hasil karya 17 orang penulis di negara ini. Cerpen-cerpen yang dihasilkan merupakan ilham daripada pengalaman mereka sendiri.
Buku ini juga memperihalkan bahawa penulis mempunyai hubungan yang sangat erat dengan karya-karya mereka. Secara tidak langsung, ia dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada para pembaca dalam mendapatkan gambaran jelas mengenai bagaimana proses kreatif seseorang penulis berlangsung.
No comments:
Post a Comment