Sunday, 22 November 2015

BAB 4: KAMARIAH KAMARUDDIN: "TENTANG HIJAB"




Gambar sekadar hiasan 


SINOPSIS:

Cerpen Tentang Hijab nukilan Kamariah Kamaruddin menceritakan tentang para wanita yang tidak mengambil berat akan pemakaian hijab yang sempurna. Dimulakan dengan Soleha yang seakan memandang ringan terhadap pemakaian hijab serta menutup aurat dengan sempurna. Sahabatnya, Safiya berusaha menyedarkannya namun bagi Solehah selagi ibu bapa nya tidak menegur dan membebaskan dia memakai apa jua pakaian, dia tidak perlu tunduk akan tarbiyah Safiya. Seterusnya cerpen ini memperlihatkan perihal seorang rakan kepada Fazurah iaitu anak seorang tokoh agama yang mashsyur namun tidak mampu mengikut corak suruhan Allah sendiri tentang pemakaian hijab yang sempurna. Fazurah seorang gadis yang sopan santun serta lembut bicaranya namun kejahilannya dalam memahami makna sebenar hijab amat mendukacitakan rakannya. Menelusuri cerita di antara Husna dan Qursiyah yang mempunyai pandangan yang berbeza. Perbezaan dalam berpakaian serta berhijab dalam mencari redha maanusia dan redha AllAH SWT. Setelah pulang dari Mekah, Qursiyah mengambil keputusan untuk menyempurnakan lagi pemakaian serta hijabnya, namua ianya menimbulkan rasa kurang senang Husna yang berpendapat pemakaian Qursiyah yang baru ini akan membantutkan usaha mereka selama ini, namun bagi Qursiyah, redha Allah lebih penting. Melonjak ke tinta seterusnya dimana timbul keinginan mahu berhijab lebih sempurna tetapi ada sahaja pertikaian daripada pihak terdekat namun apabila segalanya dilakukan atas nama cinta kepada Allah tiada apa yang mampu menghalang segenap perubahan serta dimensi baru yang dicipta. Tidak terlepas juga seorang yang ingin memimpin orang yang disayangi dalam menyarungkan persalinan keredhaan Allah seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran supaya selamat dunia akhirat. Sesungguhnya, Tentang Hijab satu garapan yang harus diteliti pembacaanya serta mengambil ibrah dan muhasabah diri semula adakah itu pakaian dan hijab yang disarungkan itu diredhai AlLAH SWT. 

PROSES KREATIF:

Tuntasnya, Kamariah Kamaruddin menghasilkan novel Tentang Hijab atas rasa tidak keruan beliau apabila beliau menjadi penghuni tetap di sebuah kampus. Perasaannya dapat digambarkan melalui lima bahagian dalam cerpen ini yang kesemuanya mempunyai kesinambungan dan tahap pengetahuan wanita dalam menutup aurat seperti yang suruh didalam Al-quran. Beliau menggarapkan watak-watak Soleha, Fazurah, Husna, Wardina dan Latifah sebagai watak yang mengingkari suruhan Allah dalam menutup aurat. Pengalaman beliau sendiri yang berada dalam lingkungan mereka yang memandang ringan terhadap menutup aurat ini membuahkan lagi idea yang segar bagi beliau menulis cerpen ini. Bagi beliau, walaupun garis panduan dan suruhan menutup aurat sudah dijelaskan dalam Al-quran misalnya surah At-Taubah:59 dan An-Nur:30-31, namun semua hanya dipandang ringan terutamanya oleh wanita-wanita moden khususnya yang sibuk bertelagah tentang isu aurat malah menjadikan ianya sebagai satu isu sensitif tanpa mengetahui suruhan ini datang daripada Allah S.W.T sendiri terhadap hambanya. Penulis sememangnya merasakan terkilan dan terganggu emosinya apabila ada sekelompok manusia yang masih bermain-main dengan kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan tanpa mengira beban serta tanpa mengira perhatian kerana hidup hanya mahukan redha ALLAH bukan redha manusia yang sentiasa menolak kebaikan dan menyeru kejahilan. Tinggalkan kejahilan, rapatilah perubahan yang sempurna. Itulah nukilan yang digarapkan oleh beliau menerusi cerpen ini.

No comments:

Post a Comment