Cempaka adalah seorang penuntut yang cemerlang di Universiti Kesusasteraan Malaysia. Namun, dia tidak menyukai hanya satu subjek yang dipelajarinya kerana sikap pensyarah subjek tersebut, Dr. Arjuna, yang membuatkan hatinya rasa tidak puas hati. Pada mulanya, perhubungan antara mereka hanyalah sekadar pelajar - guru. Tetapi, semakin lama, perhubungan mereka semakin rapat dan putik - putik cinta mula mekar didasar hati mereka walaupun kedua - dua belah pihak menyembunyikan perasaan masing - masing. Kisah percintaan antara Cempaka dan Dr. Arjuna tidak berpanjangan kerana telah berlaku sesuatu peristiwa yang mengubah detik - detik kehidupan Cempaka selepas Dr. Arjuna dipanggil pulang ke Indonesia.
2. Proses Kreatif
Cerpen ini diberi tajuk oleh penulisnya iaitu Maskiah Masrom berdasarkan tajuk sebuah puisi sajak percintaan (Nyanyian Sunyi) hasil nukilan Allahyarham Amir Hamzah, seorang pujangga Melayu dari Indonesia. Kisah yang dipaparkan adalah serba sedikit mengenai kisah percintaan tiga segi diantara Amir Hamzah, Ilik Sundari dan Tengku Kamiliah yang diselit diantara dialog - dialog tetapi keseluruhan ceritanya mengisahkan tentang percintaan antara Cempaka, seorang penuntut di UKM dengan Dr. Arjuna, seorang pensyarah sementara dari UGM, Indonesia. Menurut penulis, salah satu peristiwa didalam cerpen “Nyanyian Sunyi” dikarang seperti mana kisah kehilangan Huzairi Othman dan kehilangan Amir Hamzah. Kedua - dua intipati kisah tragedi tersebut digabungkan didalam cerpen ini.
Proses penyatuan ciri - ciri antara Huzairi Othman dengan Amir Hamzah boleh dilihat pada watak Dr. Arjuna yang berasal dari Indonesia ( tempat asal Amir Hamzah ) dan bekerja sebagai pensyarah ( pekerjaan yang diceburi oleh Hizairi Othman ). Begitu juga dengan watak Cempaka, ciri - ciri persamaan antara Ilik Sundari dan Tengku Kamaliah iaitu, perasaan cinta mereka pada Amir Hamzah disatukan dalam watak tersebut.
Mengenai lokasi dan peristiwa yang dialami oleh watak Cempaka ( kecuali dibahagian akhir ) ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis dimana beliau pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pengalaman susah senangnya ketika menuntut di UKM banyak dijadikan panduan dalam meneruskan jalan cerita didalam cerpen ini sebagai contoh, beliau pernah bertemu dengan salah seorang pensyarah yang tidak mahu buku miliknya dipinjam keluar dari biliknya. Terpaksalah penulis menyalin segala maklumat buku tersebut didalam bilik pensyarah. Cuma perasaan jatuh cinta saja yang tidak berlaku. Peristiwa kehilangan Huzairi Othman dan Amir Hamzah digabungkan dalam konteks kehilangan tanpa jejak didalam cerpen dengan membentuk peristiwa Dr. Arjuna yang hilang secara misteri.
3. Kesimpulan
Sepanjang pembacaan saya
terhadap teks cerpen “Nyanyian Sunyi”, tiada sebarang peristiwa yang menarik berlaku
seperti yang terkandung didalam teks tambahan “Proses Kreatif Cerpen: "Nyanyian
Sunyi” ”. Tetapi minda saya terawang - awangan membayangkan situasi didalam
teks cerpen tersebut. Perasaan suka dan duka adalah kesan yang saya rasai dengan menghayati
cerpen “Nyanyian Sunyi”.
Dipermulaan
cerpen, hubungan diantara Cempaka dengan Dr. Arjuna tidaklah semanis seperti
dihampir pengakhiran cerpen. Cempaka rasa geram terhadap Dr. Arjuna kerana
kelakuan beliau terhadapnya amatlah tidak disenangi oleh Cempaka. Malah
berharap tidak mengikuti kelas beliau. Dia terpaksa mengikuti kelas Dr. Arjuna
kerana tidak mahu menghampakan kawannya Nur Sandera, yang menaruh perasaannya
terhadap Dr. Arjuna dan demi menyahut cabaran dari rakannya.
Seperti
mana kebanyakan cerita cinta, ianya bermula dengan babak – babak masam antara
dua orang watak dan pada kemuncaknya mereka bercinta antara satu sama lain.
Perasaan cinta Cempaka terhadap Dr. Arjuna mula berkuntum setelah beberapa kali
dia ke bilik Dr. Arjuna untuk merujuk sebuah buku yang menceritakan kisah hidup
seorang pujangga dari Indonesia iaitu Amir Hamzah demi menyiapkan tugasan yang
telah ditetapkan oleh Dr. Arjuna.
Sampai
pada suatu masa, Cempaka mendapat hadiah dari Dr. Arjuna sempena ulang tahun
kelahiran Cempaka. Namun dia tidak mahu menerimanya. Lantas hadiah tersebut
diberikan oleh Dr. Arjuna kepada Cempaka ketika didalam kelas sebagai hadiah
kerana cemerlang dalam subjek yang beliau ajar. Beliau juga menumpangkan
Cempaka untuk menghantarnya pulang ke rumah. Semasa di dalam kereta, mereka
mula meluahkan perasaan yang terpendam secara tidak jelas dan tidak langsung.
Peleraian
kisah cinta ini amat tragis dan sedih. Mereka terpaksa berpisah kerana Dr.
Arjuna terpaksa pulang lebih awal daripada tempoh kontraknya disebabkan ibunya
sakit tenat. Tidak sangka pertemuan tersebut adalah pertemuan mereka buat kali
yang terakhir. Setelah itu, Dr. Arjuna dilaporkan telah hilang tanpa sebarang
jejak (disappear without a trace)
seperti mana kes kehilangan Huzairi Othman, anak kepada sasterawan negara,
Othman Putih. Sehingga kini, punca kehilangannya dan kemana adalah misteri.
Pengakhiran dalam kisah Amir Hamzah, dikatakan Amir
Hamzah telah ditangkap, diseksa dan dibunuh (dipancung) oleh ahli-ahli anti
feudalism, Isterinya, Tengku Kamiliah menolak dakwaan tersebut kerana bukti
yang ditemui iaitu sebuah tengkorak yang dipercayai tengkorak milik Amir Hamzah
bukanlah yang sebenar. Beliau cam akan struktur gigi tengkorak tersebut amatlah
berbeza dengan struktur gigi Amir Hamzah. Dengan itu, beliau mempercayai bahawa
Amir Hamzah masih hilang.
Pada
pendapat saya, penyatuan antara dua kisah benar secara jelas dan tersembunyi
didalam cerpen ini adalah selari dan amat menarik untuk dibaca disamping
pembaca dihidangkan dengan fakta – fakta disebalik ceritaan yang mampu membuka
rasa ingin tahu akan seseorang tokoh yang dipaparkan didalam cerpen ini iaitu
Amir Hamzah.