Friday, 11 December 2015

BAB 7: MOHD NAZMI YAAKUB: "SELIRAT DERITA PUN TERURAI"

 Gambar sekadar hiasan

SINOPSIS

Selirat Derita Pun Terurai karya Mohd Nazmi Yaaub mengisahkan tentang kehidupan pertempuran Israel dan Palestin yang sememangnya jelas kerana pengarang menyatakan banyak latar tempat dalam cerpen tersebut. Cerpen ini mengishkan kehiduan 'saya' yang sudah berkahwin dengan Harlina yang sedang hamil, ditugaskan untuk ke Palestin untuk melihat dan mengumpul segala berita kesengsaraan dan kedukaan rakyat di sana. 'Saya telah bertemu dengan Sophia, seorang gadis berketurunan Yahudi namun dia tidak menyokong bangsanya itu sendiri namun dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa perubahan. 'Saya' dan Elizabeth Neal iaitu koresponden Manchester Guardian telah menemu ramah Sophia untuk mendapatkan berita-berita. Sophia seakan merupakan bekas kekasih kepada 'saya' dan dia cuba untuk menafikan perasaannya manakala 'saya' memilih untuk setia kepada isterinya, Harlina. Akhirnya 'saya' terpaksa pulang ke tanah air kerana isterinya telah mengalami kemalangan dan terpaksa melahirkan anak mereka walau usia kandungannya baru 7 bulan.


PROSES KREATIF

Mohd Nazmi Yaakub tiba di Mesir pada 1997 atas sebab rombongan dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) . Ini merupakan antara proses awal beliau mengarang cerpen ini. Idea ini muncul semasa beliau sedang mengembara ke destinasi dataran mini dengan sebuah tugu dan di hujungnya terdapat sebuah stesen kereta api. Berhampiran stesen kereta api itu pula terdapat sebuah gerai akhbar. Di gerai akhbar itu  tersusunnya banyak akhbar-akhbar dan beliau tertarik kepada Masjidil Aqsa yang menjadi muka depan majalah itu. Muka depan majalah itu mengingatkan beliau kepada peristiwa gelap di mana seluruh dunia meratapi kekejaman yahudi laknatullah itu dengan sengajanya melakukan peperangan ke atas Palestin. Cerpen pertama beliau iaitu "Darah Bersatu di Ramallah" yag pernah tersiar dalam Minguan Malaysia juga merupakan antara proses awal beliau dalam menghasilkan karyanya ini.Belia kebiasaannya mengarang di dalam bilik selepas waktu Maghrib hingga subuh ditemani secawan nescafe. "Selirat Deria Pun Terurai" dimulakan dengan ayat "Entah siapa yang memulakan, entah siapa yang memarakkan". Beliau telah mendapatkan maklumat tetang Palestin dari pembacaan majalah-majalah. Dalam cerpen ini juga, penulis sengaja membezakan penggunaan kata ganti diri 'saya' dan 'aku'. Saya merujuk kepada watak utama, wartawan yang mencari bekas kekasihnya manakala  'aku' kekal sebagai kata ganti diri nama pertama dalam dialog. Idea penulis mencurah sehingga menjelang waktu subuh itu cerpen beliau telah sampai ke penghujung dan di akhiri dengan "Selirat Derita Pun Terurai" dengan adegan pengeboman yang menggemparkan kota terjajah tersebut. Cerpen ini terhasil oleh kerana si penulis cuba memberikan pandangannya iaitu ketidakpuashatiannya terhadap penderitaan yang dihadpi oleh rakyat Palestin ketika itu. Penulis juga akui sengaja mengakhiri cerpen ini bergantung dengan tidak bertali kerana mana mungkin cerpen yang cuba mengambil sejarah dan semangat Palestin itu boleh berakhir sedangkan masalah itu belum nampak penghujungnya.

No comments:

Post a Comment