SINOPSIS
Dalam cerpen ini menceritakan watak Pak Da Megat Wan Setapa
sebagai Tuk Bagih yang hebat dan berpasangan Pak Su Lah Keceng. Kemampuan mereka
berdua bermain bagih di segenap pelosok kampung, gagal ditewaskan oleh beberapa
orang Tuk Bagih yang lain. Pak Da Megat begitu sedih kerana tidak mewarisi
kehebatan keturunannya sebagai Tuk Dalang wayang kulit. Kesedihan Pak Da Megat
kerana tidak dapat berbuat sesuatu untuk meneruskan keturunan wayangnya
disebabkan suara yang keras dan tidak boleh dilembutkan, Pak Da Megat tidak
layak sebagai Tuk Dalang . Hanya ilmu Tuk Bagih sahaja ilmu yang dapat
diteruskannya. Kerisauan Pak Da Megat semakin memuncak kerana ilmu sebagai Tuk
Bagih akan Hilang seperti lenyapnya tradisi perwayangan yang dimiliki gemulah Cik, Tuk Cik dan Tuk Yang.
Dalam kesedihan yang meruap-ruap itu, Pak Da Megat teringat
akan anaknya perawanya, Siti Faezah yang merupakan satu-satunya anak
perawannya. Tetapi hasrat Pak Da Megat telah dikengkang oleh isterinya kerana
ilmu Tuk Bagih hanya diturunkan kepada lelaki sahaja. Akhirnya diakui oleh
isterinya tentang keinginan Pak Da Megat. Akhirnya anaknya Faezah terpaksa akur
dengan kehendak ayahnya. Diajar oleh Pak Da Megat akan anaknya selama seminggu
Ilmu Bagih dan segala jampi serapah telah dihafal oleh anaknya. Maka pada satu
malam Pak Da Megat meraung-raung kerana tubuhnya yang panas dan menjadi ujian
pertama anaknya untuk mengubati ayahnya menggunakan ilmu Bagih yang diajar.
Setelah letih mengubati ayahnya menggunakan Bagih tidak surut juga penyakit
ayahnya. Lalu dibawa ke hospital untuk melakukan rawatan dan ayahnya menghidap
penyakit tiroid iaitu jangkitan kuman.
PROSES KREATIF PENULISAN
Walaupun penulis lebih gemar menulis puisi berbanding cerpen
tetapi keyakinannya untuk menulis cerpen tetap ada kerana minatnya membaca
cerpen-cerpen beberapa orang penulis terkenal seperti Fatimah Busu, Azizi Haji
Abdullah, Zahari Affandi dan beberapa orang penulis yang lain. Kerana penulis
tersebut banyak menulis cerpen yang banyak berkitar kepada kehidupan mereka.
Dari situ juga penulis dapat mencari ilham untuk menulis cerpen yang
berdasarkan kehidupan penulis. Terhasilnya cerpen Pak Da Megat Wan Setapa Mek
Mah Tuk Bagih adalah inspirasi penulis
untuk mengetengahkan cerpen yang berbentuk liku kehidupannya.
Dalam proses penulisan cerpen ini pertama kali unsur cerita
ini akan disorot melalui pengalaman pengarang. Cerpen ini adalah penghasilan
penulis yang mendapat ilham diwaktu
kanak-kanaknya di Negeri Kelantan. Penulis telah menyorot pengalamannya sewaktu
kanak-kanak yang menyaksikan pelbagai
aktiviti kesenian seperti Gasing, wau, dikir barat,, wayang kulit, silat dan
bermacam jenis permainan tradisi.
Sebelum menghasilkan cerpen ini penulis
banyak berfikir tentang bidang apakah yang diangkat dalam penghasilan cerpen.
Semua bentuk permainan dan zaman kanak banyak bermain dalam pemikiran penulis.
Dan paling dingat oleh penulis adalah Pak Da yang menyembuhkan penyakit orang
kampung melalui bacaan manteranya. Penulis juga ada pengalaman berjumpa dan
menyaksikan Tuk Dalang dalam bermain wayang kulit.
Watak Pak Da dijadikan watak utama dalam cerpen ini untuk
menunjukkan peranannya sebagai pengamal perubatan tradisional. Oleh itu,
penulis juga sengaja wujudkan watak perempuan dalam cerpen ini iaitu Faezah
yang merupakan satu-satunya anak kepada Pak Da Megat supaya jalan cerita
menjadi semakin menarik. Penulis juga sengaja cetuskan jalan cerita kontrovesi
dengan menjadikan wanita sebagai Tuk Bagih
yang memaksa Faezah menerima ilmu ayahnya. Namun penulis juga ingin
mengekalkan kesopanan Faezah. Melalui jalan cerita ini dapat menggambarkan juga Faezah tahu akan jasa kedua ibu bapanya sehingga pelajarannya ke universiti.
Penulis juga menerapkan elemen yang paling penting dalam diri Faezah iaitu
pengakhiran cerpen ini yang menunjukkan Faezah sedar akan dirinya kerana tidak dapat mengubati ayahnya melalui
ilmu bagih dan akhirnya memilih keputusan yang paling tepat untuk menghantar
ayahnya ke hospital. Ini menggambarkan juga watak Faezah sebagai seorang anak yang taat kepada ibu
bapa dan juga menerima keadaan teknologi perubatan moden sebagai jalan terakhir
mengubati ayahnya.

No comments:
Post a Comment