SINOPSIS:
Cerpen Jiji-Moga-Moga Kau Mendengar memperihalkan keprihatinan seorang guru terhadap anak muridnya yang pekak yang memerlukan bantuan kewangan bagi membolehkan dia belajar bersama-sama dengan rakannya yang lain. Kekusutan timbul apabila ibu kepada pelajar tersebut hampir putus asa dengan sikap pengetua yang langsung tidak menunjukkan riak simpati untuk menolong walaupun sudah tiga kali ibunya berjumpa dengan pengetua tersebut. Tidak cukup dengan sikap pengetua, sekali lagi mereka dikejutkan dengan sikap pengawai sebuah institusi kewangan yang kononnya membela nasib orang miskin telah menolak surat daripada guru tersebut atas alasan tidak mampu memberikan bantuan. Sedih dan kecewa, itu perasaan yang dipendam oleh guru tersebut atas sikap kurang sopan pegawai tersebut. Demi kekuatan, simpati dan juga rasa kurang senang terhadap manusia berkasta tinggi yang gemar menindas orang bawahan, guru tersebut menyiapkan 100 puisi untuk diterbitkan dan wang tersebut akan disalurkan kepada anak muridnya itu. Beliau mahu anak muridnya itu berjaya kerana dengan masyarakat sekarang sangat menyanjungi mereka yang berjaya sekaligus dapat menaikkan taraf sosiologi ekonomi keluarganya.
PROSES KREATIF:
Tinta beliau adalah tinta yang penuh emosi bagi sesiapa yang membacanya dengan penghayatan. Bertitik tolak daripada pengalaman beliau sendiri yang menyaksikan bagaimana seorang pelajar pekak yang memerlukan bantuan bagi membeli alat pendengaran tetapi tidak mendapat reaksi pihak berkenaan. Rasa sedih beliau terhadap pengorbanan seorang ibu yang bersusah payah ulang-alik bertemu pengetua dan rasa marahnya terhadap pegawai satu institusi kewangan yang bersikap kurang sopan terhadap masalah serta mengembalikan surat beliau dengan alasan yang tidak kukuh. Beliau seorang yang tidak mudah putus asa kerana bagi beliau, anak muridnya itu harus berjaya untuk mengubah nasib keluarganya kelak. Tinta ini bersertakan emosi dan pengajaran supaya kita tidak menjadi sebuah masyarakat yang hidup berlandaskan harta, dan yang di atas disanjung manakala di bawah terbiar merempat.

No comments:
Post a Comment